Lame atok x datang rumah.x de orang nak bawak kot.Sian kat atok.lau ade lesen leh ika jempot.hehe..apepun bersantai di port klang best sebab sekali dengan keluarga Pak Teh.walaupun kapal cam tak nak lalu.tengok air pun jd la..:)hope aktiviti macam ni bole merapatkan lagi silaturrahim keluarga kami.insya'allah..(tengok 2 atok majuk smpi berpeluk tubuh..nk kte sejuk x jugak..hehehappy2 selalu ye atok..:P)
Wednesday, December 30, 2009
santai bersama atok..:P
Posted by 'Atikah at 7:35 PM 0 comments
video menarik..:)
Kita sering mempelajari sains dalam kehidupan namun kadang kala kita tidak sedar bahawa sains itu semua bermula dalam ayat-ayat Al-Quran yang telah di turunkan oleh Allah swt.Buktinya jelas dan nyata disebutkan didalam Al-Quran dari penciptaan manusia sehigga penciptaan alam semesta yang lain.Dengan ini membuktikan bahawa ada satu kuasa yang mengawal seluruh alam ini dengan aturan dan setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendakNya juga.Manusia tidak dapat lari dari kebenaran tersebut dan dengan keajaiban dan kebesaran itulah sehingga menyebabkan beberapa saintis barat memeluk islam.hal ini adalah kerana mereka sedar kebenaran yang sebenar2nya telah terbukti dan mereka menyaksikannya sendiri.Namun begitu,kita sebagai khalifah yang sudah dilahirkan dalam agamaNya mengapa tidak dapat melihat kebenaran itu.Tidakkah kita kagum dengan segala ciptaanNya di sekeliling kita?
Mempelajari sesuatu tidak salah.namun jangan hanya membuta tuli tanpa mengetahui asal usulnya.Sains kini banyak diputar belitkan faktanya sehingga kitab rujukan dari ahli falsafah islam ditukar nama untuk menutup bahawa pemiliknya dari golongan mereka.Walhal penulis dan orang yang membuat kajian tersebut merupakan sarjana islam yang terkemuka.Tetapi sayang.kita kini hanya menjunjung semua yang datangnya dari barat.seperti mereka telah memberi segala-galanya buat kita.sedangkan pemilik yang ESA itu Allah lah yang mengurniakan segala nikmat buat kita.Dia memberi segala tuk menguji sama ada kita masih ingat akanNya atau tidak.Namun bila tiba satu saat dengan kehendaknya,Dia akan menarik segala nikmat yang telah diberikan pada kita.Disini saya hanya ingin menunjukkan perkaitan AL-Quran dan hubungan dengan sains2 yang telah kita capai sehingga kini.
Video ini telah saya guna untuk membuat pembentangan projek saya.Ketika saya mencari video ini dan melihat sendiri terlebih dahulu,saya amat kagum dan tidak menyangka sememangnya segala benda dan makhluk ciptaan Allah di sekitar kita bukan hanya tuk di lihat tetapi ada kegunaannya.Dan sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa tujuan dah khikmahnya..harap anda semua dapat melihat dengan jelas apa yang diterangkan di dalam video tersebut...
Posted by 'Atikah at 6:57 PM 0 comments








